Taissa Farmiga Kembali sebagai Sister Irene dalam 'The Nun 2'

Taissa Farmiga bakal kembali ke The Nun 2 sebagai Sister Irene. Beliau akan menyertai pelakon Storm Reid yang baru juga diumumkan bakal menyertai barisan pelakon The Nun 2.



Farmiga sememangnya tidak asing dengan genre seram. Selain The Nun, beliau juga pernah membintangi beberapa musim American Horror Story. Peranan beliau yang lain termasuklah filem seperti The Final Girls, 6 Years, dan The Bling Ring. Farmiga kini membintangi drama popular HBO The Gilded Age dan sedang menjalani penggambaran musim kedua.


The Nun 2 akan menjadi filem kesembilan dalam francais itu. Tidak menghairankan bahawa sekuel itu mendapat sambutan, kerana filem The Nun 2018 mendapat kutipan tertinggi dalam francais The Conjuring, dengan kutipan $365 juta di seluruh dunia. 

The Conjuring dan filem berkaitannya juga merupakan francais seram dengan kutipan tertinggi, dengan lebih dua bilion di box office di seluruh dunia.

The Nun 2 dijadualkan untuk memulakan penggambaran bulan ini dan dijangka ditayangkan di pawagam pada 8 September 2023. 
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post