Senarai Penuh Pelakon Filem 'Avatar: The Last Airbender'

Sudah agak lama kita tidak mendengar berita tentang adaptasi aksi langsung Netflix bagi 'Avatar: The Last Airbender' dan kini kita boleh menarik nafas lega kerana akhirnya, senarai penuh pelakon filem 'Avatar: The Last Airbender' sudah boleh dibaca!


Rancangan ternama ini akan menampilkan Gordon Cormier sebagai Aang, Kiawentiio sebagai Katara, Ian Ousley sebagai Sokka, dan Dallas Liu sebagai Zuko.

Dicipta bersama oleh Michael Dante DiMartino dan Bryan Konietzko, siri animasi itu merupakan salah satu kartun paling popular pada pertengahan tahun 2000-an.


Adaptasi aksi langsung ini digambarkan oleh Albert Kim sebagai "peluang untuk mempamerkan watak Asia dan Orang Asli. Bukan sahaja dalam kartun, tetapi dalam dunia yang benar-benar wujud, hampir sama dengan dunia yang kita diami.”

Ini senarai penuh pelakon filem 'Avatar: The Last Airbender'

  • Gordon Cormier sebagai Aang
  • Kiawentiio Tarbell sebagai Katara
  • Ian Ousley sebagai Sokka
  • Dallas James Liu sebagai Zuko
  • Daniel Dae Kim sebagai Fire Lord Ozai
  • Paul Sun-Hyung Lee sebagai Uncle Iroh
  • Ken Leung sebagai Admiral Zhao
  • Lim Kay Siu sebagai Gyatso
  • Maria Zhang sebagai Suki
  • Elizabeth Yu sebagai Azula
  • Yvonne Chapman sebagai Avatar Kyoshi
  • Casey Camp-Horinek sebagai Gran Gran
  • Arden Cho sebagai June
  • George Takei sebagai Koh
  • Momona Tamada sebagai Ty Lee
  • Thalia Tran sebagai Mai
  • Utkarsh Ambudkar sebagai King Bumi
  • Amber Midthunder sebagai Princess Yue
  • Danny Pudi sebagai The Mechanist
  • James Sie sebagai the cabbage merchant



Netflix masih belum mengumumkan tarikh keluaran untuk filem ini, tetapi kemungkinan kita tidak akan dapat melihat kemunculannua sekurang-kurangnya sehingga tahun depan. 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post