BTS Dikhabarkan Akan Membuat Persembahan di Majlis Perasmian 'Piala Dunia FIFA 2022' Qatar

Menurut satu saluran media Mexico pada 3 Oktober, "Kemungkinan besar ada berita yang mengagumkan kepada peminat BTS dalam masa beberapa jam. Terdapat berita dari beberapa sumber yang [BTS] akan tampil di majlis perasmian Piala Dunia Qatar di hadapan 60,000 orang."


Saluran media itu juga menambah, "BTS merupakan kumpulan lelaki terbesar di dunia," dan "'Piala Dunia FIFA' ialah acara paling penting dalam bola sepak. Sebaik sahaja ia bermula, ia menjadi acara yang melumpuhkan dunia."

Sementara itu, majlis perasmian 'Piala Dunia FIFA 2022™' akan berlangsung pada Ahad, 20 November di Stadium Al Bayt di Qatar, pada hari yang sama dengan perlawanan sepak mula kejohanan, di mulakan dengan perlawanan antara Qatar dan Ecuador.

Ahli BTS kini aktif sebagai penganjur rasmi 'The Goal of the Century', satu inisiatif kelestarian global oleh Hyundai Motors, juga penaja rasmi dan rakan kongsi 'FIFA World Cup 2022™'.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post