Avatar Rasmi Menjadi Filem Paling Tinggi Kutipan Secara Global

Avatar kini telah melepasi kutipan sebanyak $2.9 bilion di box office peringkat global, sekaligus menjadi filem pertama dalam sejarah yang pernah melakukannya. 


Pertama kali ditayangkan pada tahun 2009, Avatar arahan James Cameron akan terus menjadi filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Filem pengembaraan fiksyen sains/ fantasi epik ini mengisahkan Jake Sully marin (Sam Worthington) bergabung tenaga dengan penduduk asli planet asing bernama Pandora untuk menangkis kuasa penceroboh manusia. 

Kejayaan Avatar pertama membawa kepada empat sekuel, dengan sekuel yang pertama, Avatar: The Way of Water, bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Hasil daripada tayangan semula baru-baru ini di pawagam, Avatar kini telah melepasi satu lagi kejayaan box office yang bersejarah. The Numbers telah melaporkan bahawa filem itu kini telah melepasi $2.9 bilion di box office global. 

Kutipan yang membanggakan itu terdiri daripada $779 juta di dalam negara dan $2.13 bilion di peringkat antarabangsa

 Walaupun memegang gelaran filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa, jumlah domestik Avatar kekal hanya keempat tertinggi di belakang filem seperti Spider-Man: No Way Home, Avengers: Endgame, dan Star Wars: The Force Awakens.

Avatar: The Way of Water bakal ditayangkan pada Disember 2022 selepas 12 tahun filem Avatar ditayangkan. Adakah ia mampu menjadi fenemena seperti Avatar? Sama-sama kita nantikan.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post