Son Ye Jin Dan Hyun Bin Umum Jantina dan Tarikh Lahir Bayi Mereka

Pada 28 Oktober, agensi Son Ye Jin secara rasmi mengumumkan tentang jantina dan tarikh lahir pelakon tersebut bersama pasangannya Hyun Bin.


“Anak Son Ye Jin dan Hyun Bin adalah lelaki. Bayi itu akan lahir pada bulan Disember.”

Mereka seterusnya meyakinkan peminat, “Son Ye Jin kini berada dalam keadaan yang sangat baik. Dia dengan tenang membuat persiapan untuk kelahiran [anak lelakinya].”

Selepas mengikat tali pertunangan pada Mac tahun ini, Son Ye Jin dan Hyun Bin telah mengumumkan pada bulan Jun bahawa mereka sedang mengandung anak pertama.

Tahniah kepada pasangan bahagia ini!

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post