Kru filem Terperangkap di Gua Tempurung Berjaya Diselamatkan

Seramai 30 kru penggambaran yang dilaporkan terperangkap di belakang Gua Tempurung, di sini selamat dan berjaya dibawa keluar.

Foto: Abd Rashid Lamak

Mangsa yang terlibat merupakan kru penggambaran filem 'Bursting Point' membabitkan syarikat perfileman antarabangsa dari Singapura yang menjalankan penggambaran di lokasi tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata keseluruhan kru berkenaan berjumlah 80 orang dan 30 yang terperangkap adalah warga tempatan serta Singapura.

"Pihak Bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu dan operasi menyelamat dijalankan bersama. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan," 

Mohd Yusri berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 4.10 petang memaklumkan ada orang awam terperangkap di belakang Gua Tempurung berikutan peningkatan paras air.

Beliau bersama sepasukan anggota Task Force dari Balai Polis Gopeng dan Kota Bharu melawat tempat kejadian di kawasan belakang Gua Tempurung.

Katanya, siasatan awal mendapati insiden bermula susulan hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang.

"Semua mangsa terperangkap kerana air naik secara mendadak ke kawasan alur air di dalam gua dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter.

Sumber: BH Online

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post