Baharu di Netflix: Oktober 2022

Dari genre komedi, ke jenayah dan aksi, Netflix sememangnya penuh dengan filem, dokumentari dan drama terkemuka. Sepanjang bulan, ramai yang tidak sabar menunggu untuk melihat rancangan baharu yang akan disiarkan di Netflix. 

Berikut antara senarai rancangan baharu terbaik di Netflix untuk bulan ini.

FILEM

Togo, 5 Oktober


Togo mengisahkan tentang seorang lelaki yang menjaga kereta yang diletakkan di kawasannya mesti melindungi mata pencariannya apabila pengedar cuba memaksa dia dan rakannya menjual dadah di jalanan.

Dibintangi oleh Diego Alonso, Catalina Arrillaga, NĂ©stor Prieto, filem ini berdurasi 1 jam 35 minit.

Luckiest Girl Alive, 7 Oktober



'Luckiest Girl Alive' memfokuskan pada Ani FaNelli, seorang warga New York yang berlidah tajam yang memiliki segala-galanya: jawatan tinggi di majalah ternama, pakaian yang mengagumkan dan tunang yang sepadan. Tetapi segalanya bakal berubah apabila pengarah dokumentari jenayah menjemputnya untuk memberitahu pihaknya tentang insiden mengejutkan yang berlaku semasa dia remaja di Sekolah Brentley.

Dilakonkan oleh Mila Kunis, filem ini diarahkan oleh Mike Barker.

Someone Borrowed, 13 Oktober



Mengisahkan tentang Luiz (Caio Castro),  seorang lelaki berusia 30 tahun yang tidak pernah mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita selain ibu dan tiga adik perempuannya. Untuk memenuhi hajat ibu yang sedang nazak dan mengelak daripada diketepikan keluarga, Luiz mengupah seseorang untuk menjadi isterinya.

SIRI

Bling Empire Musim 3, 5 Oktober


Siri realiti yang mengikuti kisah keseronokan kehidupan golongan mewah Asia dan Asia-Amerika LA. Bling Empire musim 3 datang dalam 10 episod dan boleh distrim di Netflix. Gaya hidup mereka penuh dengan kisah perjalanan mewah ke destinasi glamor seperti Paris dan mencipta detik fesyen yang tidak berkesudahan, serta menonjolkan pakaian dan aksesori daripada jenama mewah Gucci, Dior dan Prada.

Derry Girls Musim 3, 7 Oktober



Di tengah-tengah konflik politik Ireland Utara pada 1990-an, lima pelajar yang bersemangat waja dan sentiasa bersedia berhadapan dengan cabaran universal sebagai seorang remaja. Siri ini penuh dengan babak-babak komedi melibatkan watak utama bersama keluarga mereka.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post