K-Drama Komedi Romantik Terbaik Untuk Ditonton

K-Drama sentiasa menjadi pilihan pengemar rancangan televisyen untuk menghabiskan masa. Setiap tahun semakin banyak k-drama baru muncul dan semuanya mempunyai jalan cerita yang menarik!

Setiap orang pasti punya minat masing-masing dan kebiasaannya genre komedi romantik paling mendapat tempat di hati peminat. Jalan cerita yang ringan, diselit dengan lawak yang menghiburkan hati, pastinya genre ini sesuai ditonton untuk semua.

Pada yang gemarkan genre romantik komedi, ini lima K-drama komedi romantik terbaik untuk ditonton oleh semua.

Crash Landing on You (2019)


Mendapat rating 8.7 di IMDb, siri televisyen ini ditulis oleh Park Ji-eun dan diarahkan oleh Lee Jeong-hyo. Siri 16 episod itu dibintangi oleh Hyun Bin dan Son Ye-jin dalam watak utama.

Kisah ini berkisar tentang seorang warga Korea Selatan, yang secara tidak sengaja mendarat di Korea Utara. Namun, jalan cerita hidupnya menjadi berbeza kerana seorang pegawai tentera memutuskan untuk membantunya.

Anda boleh menonton siri ini di Netflix.

What’s Wrong with Secretary Kim (2018)



K-drama romantik ini mengisahkan tentang kehidupan pewaris perniagaan yang sombong menjadi sukar apabila pembantu peribadinya yang berkebolehan memutuskan untuk berhenti. Dibintangi oleh Park Seo-joon dan Park Min-young sebagai watak utama, rancangan itu mendapat sambutan hangat dengan rating IMDb 8.1.

Siri 16 episod ini adalah berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh Jung Kyung-yoon. Anda boleh menonton kdrama arahan Park Joon-hwa di Netflix.

Reply 1988 (2015)


Reply 1988 ialah sebuah drama yang memfokuskan kepada lima orang kawan zaman kanak-kanak- Deok-sun , Jung-hwan, Dong-ryeong,Sun-woo dan Choi Taek . Lima sahabat ini tinggal bersama keluarga mereka yang tinggal di satu lorong di kawasan kejiranan bernama Ssangmundong di Seoul. Ia berlatarbelakangkan tahun 1988.

Mendapat rating 9.2 di IMdb, drama Reply 1988 ini sememangnya menjadi kegemaran ramai peminat K-Drama. Saksikan sendiri keakraban lima keluarga ini di Netflix.

Hotel Del Luna (2019)



Hotel Del Luna memang datang dalam pakej lengkapS sinematografi hebat, pelakon yang cemerlang dan OST yang begitu memukau. 

Siri ini mengikuti kisah Jang Manwol (IU), pemilik Hotel Del Luna, hotel khas untuk membantu roh-roh sesat kembali ke tempat sepatutnya. Disebabkan dosa besar yang dilakukan lebih daripada satu milenium yang lalu, hotel yang menyediakan perkhidmatan kepada orang mati telah terikat dengan jiwanya.

Manwol telah mengupah graduan Harvard bernama Gu Chan-sung(Yeo Jin Goo) sebagai pengurus hotel. Melalui Gu Chan-sung, misteri dan rahsia di sebalik hotel dan pemiliknya terbongkar. Tonton kisah Manwol di Netflix.

Her Private Life (2019)




Mengisahkan kehidupan Sung Deok-mi yang bekerja sepenuh masa sebagai kurator di muzium seni, dan dalam diam dia juga merupakan fan-girl kepada K-Idol ternama.

Bertemu dengan artis Ryan Gold yang juga kemudian menjadi majikannya, Sung Deok-mi terlibat dengan pelbagai peristiwa menarik. Ini termasuklah bertemu sendiri dengan K-Idol kesayangannya, Chin Si Ah. Saksikan di Netflix.

Strong Woman Doo Bong Soon (2017)



“Strong Woman Do Bong Soon” dibintangi oleh Park Bo Young yang dilahirkan dengan kekuatan super. Dia bertemu dengan Ahn Min Hyuk (Park Hyung Sik), Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat permainan, yang kebetulan memerlukan pengawal peribadi. Dia akhirnya mengupah Do Bong Soon dengan bonus tambahan membenarkan dia mengembangkan permainan semasa dia bekerja untuknya.

Strong Woman Do Bong Soon dipenuhi dengan banyak babak komedi dan juga romantik di antara Do Bong Soon dan Ahn Min Hyuk.  Tonton semuanya di Sooka.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post