Dua Anggota BTS Akan Keluarkan Album Solo

ARMY, siap sedia! Satu lagi berita baik untuk semua.

Dua anggota BTS dikhabarkan akan mengeluarkan album solo.


Pada 4 Oktober KST, Hyundai Motor Securities menerbitkan unjuran jualan dan keuntungannya untuk HYBE Labels pada suku ketiga 2022. Menurut penganalisis kewangan, HYBE Labels diunjurkan melaporkan jualan sebanyak 412.3 bilion KRW, serta keuntungan sebanyak 60.7 bilion KRW pada suku ketiga 2022.

Walaupun harga saham syarikat menurun daripada 250,000 KRW kepada 210,000 KRW, pelabur telah dinasihatkan untuk membeli saham HYBE berdasarkan unjuran aktiviti label pada suku keempat 2022.

Dalam laporan itu, juga didedahkan bahawa dua ahli BTS akan mengeluarkan album solo mereka tahun ini. Walaupun nama ahli tidak didedahkan, peminat membuat spekulasi tentang siapakah mereka.



Pada 2023, HYBE Labels merancang untuk membuat debut 3 hingga 4 kumpulan baharu untuk mengurangkan kebergantungan pada BTS kepada 35-40% menjelang 2024.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post