Teaser Filem Seram Khadam Dilancar, Aghniny Haque Debut Malaysia

Khadam Tampil Teaser Pertama, Remy Ishak & Aghniny Haque Bergabung

Teaser pertama filem seram dramatik Khadam akhirnya dilancarkan dan ia terus tarik perhatian peminat filem tempatan. Lebih menarik, filem ini turut menampilkan penampilan sulung pelakon Indonesia, Aghniny Haque dalam produksi Malaysia.

Filem arahan Shamyl Othman ini mengangkat tema saka dengan tagline “Jangan Sampai Jadi Tuan”, membawa kisah tentang sebuah keluarga yang hidupnya berubah perlahan-lahan apabila satu entiti misteri mula mempengaruhi kehidupan mereka.

Teaser berdurasi 60 saat yang dilancarkan hari ini memberi gambaran awal dunia Khadam. Ia menampilkan suasana tenang yang bertukar menjadi semakin gelap dan menekan, selari dengan konflik emosi yang bakal diterokai dalam filem penuh nanti.

Aghniny Haque pegang watak penting

Dalam Khadam, Aghniny Haque membawa watak Melor seorang wanita yang kelihatan tenang tetapi menyimpan rahsia besar. Wataknya menjadi antara elemen penting yang membentuk perjalanan emosi cerita.

Beliau digandingkan bersama Datuk Remy Ishak sebagai Awang, serta barisan pelakon lain seperti Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaf, Karl El dan kemunculan istimewa Jun Lojong sebagai Nek Mak.

Menariknya, filem ini bukan sekadar kisah seram biasa. Ia lebih menumpukan kepada kesan dan tanggungjawab yang datang bersama saka, serta konflik dalaman yang dialami setiap watak.

Treler rasmi Khadam dijangka dilancarkan tidak lama lagi sebelum filem ini menemui penonton di pawagam seluruh negara tahun ini menerusi GSC Movies dengan kerjasama Primeworks Studios. Jadi peminat filem seram tempatan, bersedia ya

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post