New Boyz Bakal Adakan Konsert Tahun Depan

Kumpulan ‘Boy Band’ New Boyz yang begitu popular sekitar tahun 90-an bakal mengadakan konsert mereka selepas 20 tahun berada dalam industri muzik tempatan.





Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan itu, Tomok melalui akaun Twitter miliknya.

Konsert ‘New Boyz Sejarah Mungkin Berulang’ itu bakal diadakan pada 10 dan 11 Februari 2023 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC). Tikut bermula dengan harga RM98 bagi zon Lukamu Lukaku Jua dan paling premium zon Sejarah Mungkin Berulang dengan harga RM358.

Terdahulu, Tomok pernah membuat perkongsian di Facebook bertanyakan tentang lagu mana yang menjadi pilihan peminatnya.

Bagi mereka yang berminat untuk menonton konsert tersebut, tiket akan mula dijual pada hari Isnin ini bersamaan 7 November bermula pada jam 10 pagi.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post