Bintang TikTok Bella Poarch nampak seakan mempamerkan seluruh hidupnya kepada 92 juta pengikutnya, namun hakikat dia sudah pun berkahwin selama 4 tahun dan kini dalam proses penceraian!
Menurut dokumen undang-undang yang diperoleh TMZ, Bella memfailkan dokumen di Los Angeles County untuk menamatkan perkahwinannya selama hampir 4 tahun dengan Tyler Poarch.
Bintang TikTok itu mencatatkan "perbezaan yang tidak dapat diselesaikan" standard sebagai sebab dia menfailkan penceraian tersebut.
Apa yang menariknya tiada gambar atau video pasangan itu di laman TikTok atau IG Bella dan juga gambar dia memakai cincin perkahwinan.
Dokumen penceraian mengatakan dia dan Tyler mengikat tali pertunangan pada Januari 2019.
Ada kemungkinan dia telah menyiarkan gambar atau video Tyler, dan sejak itu telah menghapuskannya dari halamannya. Pasangan itu tidak mempunyai anak bersama, dan dia tidak mahu salah seorang daripada mereka membayar nafkah suami isteri.
Bella menyiarkan TikTok pertamanya pada April 2020. Dia menjadi terkenal selepas mencipta video paling disukai pada aplikasi itu. menurut dokumen dia tidak bercadang untuk membuang nama keluarga Tyler.