Kim Seon Ho Bakal Muncul Semula Dengan Drama 'Haesi's Shinru'

Pada 19 Oktober KST, satu saluran media eksklusif mendedahkan, kemunculan semula drama Kim Seon Ho akan melalui 'Haesi's Shinru', satu drama adaptasi webtoon, 


Wakil syarikat produksi Studio dan New juga menyatakan, "Kami sedang mengkaji secara positif penampilan [Kim Seon Ho]."

'Haesi's Shinru' merupakan drama sejarah percintaan yang menggambarkan kisah Lee Hyang, seorang saintis genius yang menyukai bintang, dan Hae Ru, seorang wanita misteri yang dapat melihat masa depan. 

Cerita ini berlatarkan era Joseon dan akan ditulis oleh artis asal webtoon Yoon Yi Soo, yang juga pengarang asal untuk webtoon 'Love In The Moonlight'. Kim Seon Ho akan memainkan peranan sebagai saintis genius dan putera mahkota, Lee Hyang.


'Haesi's Shinru' akan memulakan penggambaran selepas menamatkan pelakon mereka. Nantikan kemas kini!

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post