Dolla mohon maaf atas kontroversi berpakaian seksi


Kumpulan Dolla membuat permohonan maaf selepas mencetuskan kontroversi gara-gara berpenampilan mencolok mata ketika beraksi dalam sebuah festival muzik, baru-baru ini.



Anggota Dolla, Sabronzo atau nama sebenarnya Sabrina Rusli berkata, mereka kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan memperbaiki gaya penampilan kumpulan itu pada masa akan datang. 

“Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku. Kami akan memperbaiki penampilan kami dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Impak kontroversi ini terlalu besar buat kami. Justeru, kami akan memperbaiki kelemahan dan bergerak ke depan.

“Apa yang berlaku adalah kecuaian kami yang terlepas pandang tentang perkara ini. Kami berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.

Sabronzo berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat, malam tadi.



Dolla sebelum ini, mencetuskan kontroversi apabila tampil berpakaian seksi ketika beraksi pada festival muzik yang berlangsung di sebuah taman tema terkenal.

Kumpulan tersebut menerima kecaman netizen gara-gara pakaian yang dikenakan disifatkan mencolok mata dan keterlaluan.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post