Datuk Yusof Haslam kunci mulut tentang filem Syamsul Yusof, The Original Gangster

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam mengunci mulut mengenai berita anaknya, Syamsul Yusof yang bakal menghasilkan filem The Original Gangster.


Yusof enggan mengulas lanjut mengenai filem yang tidak diterbitkan oleh Skop Production kerana hal melibatkan keluarga boleh dikatakan agak sensitif.

“Saya tak nak komen hal-hal berkaitan dengan Syamsul. Itu hak dia. Saya tahu tentang hal ini pun lepas dengar-dengar daripada orang. Itu hak dia. Saya tak nak komen apa-apa."

“Dan saya difahamkan juga, dia tak buat KL Gangster 3, dia tukar tajuk dan dia buat cerita ini lah. Tapi itu hak dia. Benda ni melibatkan anak-beranak, sensitif,” katanya kepada Gempak.

Menerusi poster acahan yang dimuat naik oleh Syamsul di Instagram baru-baru ini, pengarah filem Mat Kilau itu mendedahkan yang filem The Original Gangster merupakan filem aksi moden termahal yang pernah diterbitkan.

Pada poster berkenaan juga, para pelakon yang dikatakan bakal membintangi filem tersebut adalah Datuk Aaron Aziz, Beto Kusyairi, Sharnaaz Ahmad, Yayan Ruhian, Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof Sendiri.

Syamsul turut memperkenalkan syarikat terbitan filemnya iaitu Syamsul Yusof Films Sdn. Bhd.

Sumber: Astro Awani
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post